
Prof.
Madya Dr.Harlina Halizah Hj Siraj
Ketua Wanita JIM Pusat
2005-2007
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Salam sejahtera
Salam
perkenalan dari Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Jutaan
terima kasih kerana kesudian anda melawat laman sesawang rasmi Wanita
JIM, yang dibangunkan untuk menjadi rujukan umum yang ingin mengenali
Wanita JIM dengan lebih dekat lagi. Mewakili semua warga Wanita JIM di
setiap peringkat Pusat, Negeri dan Daerah, saya ingin mengalu-alukan
kunjungan anda ini. Semoga informasi yang bakal diperolehi akan dapat
membantu anda seterusnya.
Wanita JIM menjadi sayap rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia pada tahun 1993, setelah bergerak sebagai satu biro selama hampir tiga tahun semenjak penubuhan JIM pada tahun 1990. Dengan melandaskan perjuangan berpandukan visi ` Menjadi Pemimpin Wanita yang Fundamental, Kontemporari dan Profesional berasaskan Islam', Wanita JIM melebarkan sayap di seluruh Malaysia. Keahlian Wanita JIM, yang merupakan 50% dari seluruh keahlian JIM yang kini mencecah bilangan ahli seramai 7,500 orang, mewarnakan corak dan menetapkan momentum perjuangan JIM di setiap peringkat.
Wanita JIM memperjuangkan pembangunan insan yang seimbang dan berpandukan pedoman Al-Quran dan Sunnah. Antara fokus aktiviti-aktiviti Wanita JIM adalah pemerkasaan wanita dalam memimpin diri, keluarga dan masyarakat, pengemblengan kerjasama dan kesukarelawanan antara gender, usaha dakwah amar maaruf nahi mungkar dan mencorak pandangan umum terhadap isu-isu masyarakat.
Wanita JIM menyeru semua yang mempunyai keazaman untuk menyumbangkan
bakti secara sukarela, demi untuk menggunakan setiap peluang yang masih
ada bagi mengabdikan diri kepada Allah SWT, agar tidak lagi bertangguh
dan segera menggabungkan diri bersama Wanita JIM. ANDA DIPERLUKAN!
Ayuh, Bersama Islam Membina Masyarakat!