WANITA JIM
......................

"Sayap wanita dalam JIM membina imej dan membentuk wanita Islam agar mempunyai identiti fundamental di sudut pegangan, kontemporari dalam pendekatan dan keupayaan memimpin yang tinggi serta professional".

Wanita JIM (WJIM) membuka ruang untuk semua wanita dari badan kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (women NGO) untuk bertemu, berkomunikasi, bekerjasama, bermuafakat dan mencapai persefahaman untuk kebaikan wanita seluruh negara tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan sosio-politik atau ekonomi dalam kehidupan.

Dengan menganggotai pertubuhan ini diharapkan wanita Islam dapat meningkatkan diri menjadi wanita solehah, gemilang, unggul dan penuh keyakinan diri. Dilengkapi dengan sistem pembangunan insan dan latihan yang mantap, penyusunan organisasi yang didasarkan dengan profesionalisme dan keteguhan ukhuwwah, diharapkan dapat melahirkan pekerja, pelapis dakwah dan warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin melalui contoh tauladan harian yang baik melalui kerja-kerja kebajikan dan khidmat masyarakat.