RAUDHATUS SAKINAH
......................................


Pengenalan

Raudhatus Sakinah adalah sebuah institusi bimbingan dan perlindungan yang menawarkan perkhidmatan bimbingan dan sokongan emosi serta pendidikan khusus untuk remaja puteri Islam. Institusi ini telah beroperasi secara rasmi pada Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM) dan didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sejak beroperasi, institusi ini telah berjaya mengendalikan ramai pelatih terdiri dari peringkat umur antara 14 hinga 20 tahun yang memerlukan bimbingan emosi dan kerohanian. Raudhatus Sakinah mengalukan-alukan penyertaan dari remaja puteri beragama Islam yang berminat untuk mengikuti bimbingan kaunseling, kemahiran dan kerohanian samaada secara berterusan atau sementara.


Objektif

Memberikan bimbingan dan sokongan moral, emosi serta pendidikan kepada remaja puteri yang memerlukan selari dengan tuntutan Islam.

Membantu remaja dapat membina semula keyakinan untuk meneruskan penghidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Sebagai satu usaha kebajikan untuk masyarakat dan ummah ke arah menangani masalah gejala sosial di kalangan remaja.


Struktur Organisasi

Pengendali Raudhatus Sakinah terdiri dari tenaga pembimbing yang berpengalaman dan mahir dalam bidangnya:

Pelaksana Program - Kaunselor
Pra-Kaunselor
Sahabat Pembimbing
Sukarelawan
Pembimbing Akademik

Pengurusan - Pengurus
 Warden

Raudhatus Sakinah mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi tenaga pengendali program.


Pengoperasian & Aktiviti


Aktiviti dan program yang dijalankan adalah bersesuaian dengan remaja-remaja puteri yang terlibat serta selari dengan kehendak Islam. Raudhatus Sakinah cuba menyediakan program yang bersesuaian dari semasa ke semasa mengikut keperluan remaja-remaja yang terlibat. Antara aktiviti dan program yang telah dijalankan:

Bimbingan Kerohanian

akidah
fardhu 'ain
akhlak
seerah
 al-Quran
hadith

Bimbingan Kemahiran

komputer
 jahitan

Bimbingan Rekreasi/Riadhah

Indoor dan outdoor games
perkelahan
lawatan

Bimbingan Akademik

Khusus kepada remaja-remaja yang berminat untuk mengambil peperiksaan PMR atau SPM. Subjek adalah mengikut keperluan.

Bimbingan Kaunseling

Kaunseling kelompok dan individu

Bimbingan Kerjaya

Mengikut keperluan dan kesesuaian pelatih.



Prosedur Kemasukan


Remaja yang berminat mengikuti bimbingan di institusi ini, adalah terdiri daripada:

  • Berumur di antara 13 hinga 25 tahun
  • Beragama Islam dan warganegara Malaysia
  • Memerlukan sokongan, bimbingan dan perlindungan
  • Bebas dari penyakit kronik (AIDS dan Dadah)
  • Tiada kes undang-undang (boleh dipertimbangkan mengikut tahap)
  • Bersedia menjalani bimbingan mengikut tempoh yang telah ditetapkan
  • Bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan


Sumbangan yang diperlukan dari ahli JIM dan masyarakat

Memandangkan Raudhatus Sakinah adalah sebuah institusi kebajikan badan bukan kerajaan, sumber kewangan yang diperolehi adalah melalui sumbangan dan derma daripada badan-badan atau orang perseorangan yang dermawan. Oleh itu Raudhatus Sakinah amat memerlukan sokongan kewangan dan sumbangan seperti bahan bacaan dan peralatan atau kemudahan harian untuk meneruskan program kebajikan ini.

Sebarang sumbangan kewangan boleh dibuat kepada:

Juga nombor akaun untuk sumbangan kepada
Wanita JIM Raudhatus Sakinah
Bank Muamalat
No Akaun: 14030000499716.


Keterangan Lanjut


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Setiausaha Kehormat Wanita JIM
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Lot 300.3, Lrg Selangor, Pusat Bandar Melawati,
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Tel     : 03-4108 9669/03-4105 3159
Faks : 03-4107 1754