Unit Baitul Muslim WANITA JIM
.....................................................
* Pengenalan:
* Objektif:
* Harapan terhadap Baitul Muslim.
* Masalah sebagai akhawat bujang/single.
* Cadangan untuk atasi masalah.
* Tindakan sesuai patut diambil oleh WAJIM untuk atasi masalah akhawat single.
* Luahan perasaan.
1. Pengenalan:
Perlu diingat bahawa ibu tunggal dan akhwat bujang/single adalah merupakan asset yang penting bagi setiap masyarakat. Kebajikan mereka perlu diambil perhatian oleh kita supaya masa depan mereka akan lebih terjamin. Atas dasar ini wanita JIM mengambil inisiatif untuk menubuhkan Unit Baitul Muslim khas untuk melihat kebajikan mereka diambil kira dalam kehidupan mereka sehari-harian dan juga apabila merangka dan menjalankan program-program dakwah JIM & WJIM untuk bersama masyarakat.
2. Objektif
* Mewujudkan database ibu tunggal dan akhwat bujang/single di setiap daerah
* projek "Match making" ABIT
* Mengadakan wacana intelektual ibu tunggal & akhwat single dalam mana-mana program daurah atau tamrin JIM
* Mewujudkan database temujodoh dan memudah cara perkahwinan pasangan
* Menjadi jurubicara dalam menyampaikan hak-hak ibu tunggal dan akhwat bujang
* Mengeratkan silaturrahim di kalangan ibu-ibu tunggal dan akhwat single
* Mengumpul dana melalui projek "fund raising"
Beberapa input yang telah di terima mengenai ABIT
3. Harapan terhadap Baitul Muslim.
1. Dapat mencarikan jodoh.
2. Menjaga kebajikan ahli ( kewangan dan perasaan).
3. Ahli dapat berkongsi masalah.
4. Dapat manafaatkan tenaga dan potensi ahli seperti
penubuhan institusi kebajikan (anak yatim , RaudhatusSakinah).
5. Akhawat single tidak dipandang serong oleh masyarakat.
6. Memberi motivasi kepada ahli.
4. Masalah sebagai akhawat bujang/single.
1. Orang selalu tanya ` Bila nak kahwin?'
2. Susah nak dapat `ikhwah' sebagai pasangan hidup.
3. Keluarga jadi penghalang untuk ke program.
4. Tiada tempat untuk berkongsi masalah.
5. Tidak yakin untuk hadapi hidup di masa depan tanpa pasangan.
6. Masyarakat pandang serong.
7. Masalah keselamatan di tempat tinggal dan perjalanan.
5. Cadangan untuk atasi masalah.
1. Selalu adakan perjumpaan untuk ahli Baitul Muslim.
2. Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah.
3. Tinggal berasingan dari keluarga.
4. Baitul Muslim adakan usaha untuk carikan jodoh.
5. Baitul Muslim pastikan keselamatan ahli diambil berat.
6. Naqibah beri kaunseling tanpa diminta.
6. Tindakan sesuai patut diambil oleh WAJIM untuk atasi masalah
akhawat single.
1. Banyakkan program kepimpinan sebagai bekalan menghadapi realiti
hidup single.
2. Mengumpul data base dan adakan broker jodoh.
3. Adakan aktiviti bertukar fikiran dan masalah.
4. Mengambil berat kebajikan dan kaunseling ahli.
5. Mengambil kira kehadiran ahli single (tentative program) dalam
mana-mana program yang melibatkan keluarga.
7. Luahan perasaan.
1. Sudah boleh terima hakikat , jodoh pertemuan di tangan ALLAH.
2. Harap Baitul Muslim dapat lakukan sesuatu yang bermakna untuk
akhawat single.
3. Baitul Muslim dapat merangsang akhawat single supaya dapat
menafaatkan potensi diri untuk memberi sumbangan kepada masyarakat
daripada memikirkan masalah jodoh.
4. Jangan sesuka hati membebankan tugas kepada orang single saja.
5. Sama-sama fikirkan masalah bagaimana nanti bila akhawat single
mencapai umur tua …siapa akan ambil berat.
|